Search This Blog

Friday, June 24, 2011

Refleksi Lee Fui Ling




REFLEKSI SLOT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (20 JUN 2011)
NAMA GURU           : LEE FUI LING   (830510-12-5034/ PPG/41037/11)
NAMA SEKOLAH    : SJK (C) HWA YIN, PAPAR.
SLOT                          : BAHASA MALAYSIA/ MODUL BERTEMA BAHASA MALAYSIA
MASA                         : JAM 8.00 – 9.00 PAGI
JUMLAH MURID      : 20 MURID PRASEKOLAH
REFLEKSI:
Di akhir pelajaran:
   18/20 murid telah dapat mengeja dan membaca nama-nama bentuk dengan betul.

     22/22 murid telah dapat bekerjasama untuk menghasilkan puzzle yang diberi.
         7/20 murid menunjukkan sifat kepimpinan dalam menjalankan aktiviti kumpulan.
       22/22 murid telah dapat menglibatkan diri dengan baik dalam aktiviti menyanyi.

Refleksi keseluruhan:
Dalam aktiviti pertama iaitu pengenalan bentuk dengan menggunakan power point, murid menunjukkan sifat ingin tahu yang tinggi. ini mungkin kerana guru jarang menggunakan komputer dalam pengajaran. Semasa aktiviti ini dijalankan, terdapat masalah yang timbul, iaitu murid mengadu kurang dapat melihat power point kerana screen komputer itu kecil. Kesulitan ini terjadi kerana prasekolah tidak dibekalkan dengan komputer dan LCD. Walaubagaimanapun, masalah ini diselesaikan dengan adanya inisiatif guru sendiri dengan membawa komputer riba sendiri untuk menjalankan aktiviti ini.
Dalam sesi soal jawab / kuiz, guru mendapat sambutan yang baik. Murid berebut-rebut untuk menjawab soalan guru. Melalui sesi ini, guru dapat mengesan murid yang ada sifat keyakinan dan keinginannya untuk menjawab soalan. Melalui sesi ini, murid secara tidak langsung akan memupuk keyakinan diri dan juga dapat mencungkil idea yang baru.
Dalam aktiviti menghasilkan rumah dan mencantum suku kata, guru telah menilai beberapa murid semasa mereka menjalankan aktiviti. Murid-murid  tersebut  menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi. Kedua-dua aktiviti ini dapat dijalankan dalam masa yang singkat kerana murid adanya sikap kerjasama sesama ahli kumpulan. Guru dapat mengenal pasti sejauh manakah pencapaian murid setelah 6 bulan belajar melalui aktiviti individu iaitu membuat lembaran kerja. Mereka telah membuat lembaran kerja ini tanpa bimbingan. Guru mendapati bahawa 2/3 murid telah menguasai kemahiran yang diajar oleh guru selama ini. Murid juga telah menunjukkan minat mereka dalam aktiviti menyanyi.
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dalam sejam ini dijalankan lancar seperti apa yang telah dirancangkan. Murid menunjukkan keaktifan mereka dalam melaksanakan semua aktiviti. Hasil daripada aktiviti hari ini akan dijadikan panduan kepada guru dalam perancangan aktiviti-aktiviti setiap hari.

REFLEKSI KERJA KURSUS BERKUMPULAN
Sepanjang proses kerja kursus ini, banyak ilmu tentang teknologi maklumat telah dipelajari. Kerja kursus ini telah mendatangkan banyak faedah dari segi pengetahuan dalam teknologi dan pembinaan blog.  Kerja kursus ini juga dapat meningkatkan profesionalisme  guru dalam proses pengajaran. perkongsian maklumat dan pengalaman mengajar semasa perbincangan dijalankan juga telah mencungkil banyak idea yang baru dalam perancangan aktiviti. Semangat kerjasama yang tinggi telah diwujudkan sepanjang kerja kursus dijalankan. Setiap ahli kumpulan telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Perbincangan juga telah diadakan dari semasa ke semasa.
Melalui kerja kursus, dapat dilihat bahawa betapa pentingnya alat-alat teknologi dalam menjayakan sesuatu kerja. Ahli kumpulan yang datang dari tempat yang berlainan telah menyebabkan kumpulan ini menghadapi masalah dalam perbincangan. Kumpulan ini tidak boleh bincang  bersemuka kerana kumpulan ini terdiri ahli dari Keningau, Tenom, Kudat dan Papar. Syurkurnya, dengan adanya teknologi canggih seperti internet dan telefon, masalah ini sapat diselesaikan juga.
Tajuk kerja kursus ini sesuai dan meningkatkan profesionalisme guru tidak kira dalam proses P&P ataupun pengetahuan diri sendiri dalam pembinaan blog. Dengan adanya pengatahuan ini, diharapkan bahawa hasrat kewujudan blog persendirian yang menarik dapat dicapai pada masa akan datang.













No comments:

Post a Comment