REFLEKSI
KEKUATAN
Guru-guru yang terlibat dalam penyediaan modul proses pengajaran dan pembelajaran secara maya atas talian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang berlainan daerah dan berlainan tempat bertugas, namun sudah sediada wujud membolehkan program ini telah dapat dilaksanakan dengan jaya. Kerjasama dan sikap bantu-membantu yang ditunjukkan oleh semua guru yang terlibat dalam penyediaan modul atas talian ini telah memberi sumbangan yang besar untuk menyiapkan tugasan ini. Komunikasi yang baik dan berkesan juga diantara kami guru-guru dengan pelbagai pihak termasuk individu perseorangan telah memberi inspirasi dan tunjukajar kepada kami untuk menyiapkan modul ini. Disamping itu juga, keprihatinan dan sokongan guru besar terhadap tugasan ini telah memberi kelonggaran kepada saya untuk menggunakan peralatan sekolah seperti computer untuk mempelajari cara-cara menyediakan blog ini. Selain itu juga, kemahiran dan pengalaman sediada setiap ahli kumpulan telah menjimatkan kos kerana dengan adanya kemahiran dan pengalaman sediada telah memudah kami untuk mendapatkan segala keperluan melalui internet. Disamping itu juga, minat yang sama diantara saya dan juga ahli kumpulan saya untuk mempelajari membuat modul ini telah memberi satu semangat penggerak untuk terus berusaha sehingga siap modul ini. Selain itu, pengurusan masa yang baik dan perancangan yang terperinci telah melicinkan proses penyediaan dan telah Berjaya menyiap modul ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun daripada modul ini, telah memberi banyak ilmu kepada saya untuk mempelajari teknologi ini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran nanti.
KELEMAHAN
Memandangkan penggunaan modul proses pengajaran dan pembelajaran atas talian ini adalah sesuatu perkara yang baru bagi saya maka dengan itu pemahaman saya terhadap perkara ini masih ditahap rendah menyebabkan terdapatnya banyak masalah-masalah yang timbul dalam kerja-kerja penyiapan modul ini. Terdapat banyak kekangan yang dihadapi ketika menyiapkan modul ini kerana kemahiran dan pengetahuan saya masih ditahap rendah keran untuk menyediakan modul ini, ia memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi terhadap pengoperasian komputer dan juga fungsi-fungsi sumber yang diperolehi daripada internet. Memandangkan masa yang ditetapkan untuk menyiapkan modul ini amat singkat menyebabkan kami kesuntukan masa dan tidak sempat untuk mempelajari atau mendapat bimbingan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyiapkan modul ini. Selain daripada itu juga, jarak yang terlalu jauh yangmana guru-guru yang terlibat dalam penyediaan modul ini adalah bertugas di tempat yang berlainan dan kebanyakannya bertugas di kawasan pedalaman telah menyebabkan perhubungan diantara guru-guru yang terlibat agak lembab kerana sebahagian kecil sekolah tidak ada talian atau rangkain telefon dan ini telah menyebabkan kami kesuntukan masa untuk menyiapkannya.
CADANGAN
Kerja kursus seperti ini perlu diadakan setiap semester kerana ianya boleh membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Selain itu melalui program ini juga para guru-guru akan mendapat kemahiran dan pengetahun untuk mempelbagaikan sumber dan kaedah pengajaran yang boleh difahami dengan mudah oleh murid-murid. Untuk menyediakan modul atas talian ini guru-guru haruslah membuat persediaan awal dari segi perancangan, persiapan, keperluan dan kemahiran yang diperlukan dan lain-lain lagi supaya hasil kerja adalah lebih berkualiti. Kerjasama dan komitmen yang tinggi diantara ahli kumpulan perlu ditingkatkan supaya dapat melicinkan tugas-tugas yang telah diagih-agihkan. Selain itu, guru-guru juga perlu mampunyai rangkain internet tersendiri seperti berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya broadband untuk memudahkan perhubungan dan juga memudahkan memperolehi bahan penyiapan modul melalui internet. Pada masa akan datang nanti, adalah lebih baik guru-guru terlebih dahulu mempelajari kemahiran-kemahiran menggunakan computer dan internet supaya boleh menyiapkan kerja kursus seperti ini dengan mudah dan dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment