REFLEKSI SLOT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
NAMA GURU: TAN JIAK LIN (841210-12-5976/ PPG/41003/11)
NAMA SEKOLAH : SJK (C) CHENG MING, KENINGAU
SLOT: BAHASA MALAYSIA/ MODUL BERTEMA BAHASA MALAYSIA
MASA: JAM 8.00 – 9.30 PAGI
JUMLAH MURID: 24 MURID PRASEKOLAH
REFLEKSI:
Di akhir pelajaran:
Ø 23/24 orang murid dapat mengenali pelbagai jenis bentuk yang dipelajari.
Ø 23/24 orang murid boleh mengeja dan membaca nama-nama bentuk dengan betul.
Ø 24/24 orang murid mampu menunjukkan semangat tolong menolong untuk menghasilkan puzzle yang diberi.
Ø 23/24 orang murid menunjukkan sifat bekerjasama dan sabar semasa menjalankan aktiviti.
Ø 20/24 orang murid dapat menonjolkan bakat diri melalui aktiviti nyanyian.
Refleksi Pengajaran
Secara keseluruhannya, slot pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan dengan lancar dan sempurna. Objektif pengajaran telah dicapaikan dalam tahap memuaskan.
Melalui slot pengajaran dan pembelajaran ini, saya dapati murid-murid di sekolah saya dapat mengenali pelbagai jenis bentuk dengan cepat. Ini adalah kerana aktiviti yang telah kami rancangkan sangat menarik minat murid dan bersesuaian dengan tahap mereka. Mereka rasa seronok dan gembira semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, kami juga menggunakan alat bantu mengajar dan teknologi maklumat untuk mengajar slot ini.
Kelemahan yang saya dapati selepas menjalankan slot pengajaran ini ialah sumber teknologi di prasekolah saya kurang lengkap. Ini menyebabkan saya tidak dapat menjalankan aktiviti langkah 1 yang perlu menggunakan komputer.
Pada pendapat saya, bahan ICT seperti komputer, LCD Projektor dan sebagainya adalah amat penting dan berguna bagi sesebuah prasekolah. Bahan ICT dapat melancarkan lagi pengajaran di prasekolah, kerana murid-murid prasekolah lebih minat terhadap pengajaran yang menarik, mereka akan rasa bosan sekiranya guru hanya menggunakan kaedah “chalk and talk”. Selepas ini, saya akan berusaha untuk mendapatkan sebuah komputer yang lengkap dengan perisian yang sesuai dan sebuah LCD projektor.
Refleksi kerja kumpulan
Saya amat bersyukur atas kerjasama dan komitmen dari semua ahli kumpulan ini. Setelah mendapat tugasan kumpulan ini, kami telah berbincang dan mengagihkan tugas secara rata kepada semua ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan masing-masing pada masa yang telah ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami kerana sentiasa memberi informasi terbaru tentang kursus kami dan juga teknik-teknik untuk membuat modul atas talian kepada kami.
No comments:
Post a Comment