Bil | Nama | No. Kad Pengenalan | No. Matrik |
1. | 820813125219 | PPG/41001/11 | |
2. | LEE FUI LING | 830510125034 | PPG/41037/11 |
3. | RINUS @JIWOL BIN KILIP | 750721125261 | PPG/40999/11 |
4. | TAN JIAK LIN | 841210125976 | PPG/41003/11 |
5. | 811201086218 | PPG/41086/11 | |
6. | TSEU YEN NI | 840120125222 | PPG/41019/11 |
...................................................................................................................................
Saturday, June 18, 2011
Modul atas talian (RPH)
Masa : 60 minit
Tunjang : Bahasa Malaysia
Tema : Bentuk
Tema : Bentuk
Fokus : (BM 1.0) Kemahiran mendengar
(BM 3.0) Kemahiran Membaca
SK : (BM 1.1) Mendengar dengan penuh perhatian
(BM 3.5) Membaca perkataan
(BM 3.6) Membaca frasa
SP : (BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan ,
permintaan, cerita dan lagu.
(BM 3.5.3) Membatangkan dua sukukata terbuka untuk menjadi
perkataan.
(BM 3.6.2) Membaca frasa dengan sebutan yang betul
KSP : (PSE 2.3.4) bertutur dengan penuh keyakinan
(KTI 1.2.9) Menghasilkan bentuk binaan mengikut
kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan
bimbingan.
(PM 12.1.2) menjayakan aktiviti secara berkumpulan
(ST 7.1) Memahami nombor 1-10
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. mengenali dan membaca nama- nama bentuk.
2. memahami konsep nombor 1-10.
3. menghasilkan karya dengan kreatif.
ABM : 1. Gambar objek ( bola, telur, sapu tangan dan kerincing )
2. P.A sistem ( radio, CD room )
3. Lembaran kerja
4. bentuk-bentuk guntingan kad manila atau kertas.
5. gum
6. peralatan computer
7. warna
8. kad gambar bentuk
9. kad suku kata
10. kad perkataan.
SET INDUKSI
Masa : (10 MINIT)
Membawa murid melawat kawasan sekolah sambil menunjukkan dan menerangkan bentuk- bentuk yang berada dikawasan sekolah. Sebagai contoh, bentuk bukit mewakili bentuk segi tiga.
Langkah 1
Masa : (15 minit)
Aktiviti
1. Guru memceritakan kisah “ Si bulat” melalui powerpoint slide show.
2. Guru bertanya tentang pengajaran kisah tersebut kepada murid.
3. Guru mengemukakan soalan-soalan kuiz di powerpoint dan meminta
murid-murid menjawabnya mengikut giliran.
Langkah 2
Masa : (10 minit)
Aktiviti
1. Guru menunjukkan bentuk-bentuk yang disediakan untuk membina
rumah (segi tiga, segi empat dan bulat).
2. Guru membahagikan kumpulan. (pembahagian kumpulan ditentu
berdasarkan kesesuaian dan jumlah murid sekolah masing-masing)
3. Guru menunjukkan gambar rumah dan menerangkan aktiviti iaitu
menghasilkan sebuah rumah yang cantik berdasarkan bentuk-bentuk
yang diberi.
4. Murid menghasilkan rumah dengan melekatkan bentuk-bentuk di dalam
kertas putih. Kemudian murid-murid mempamerkan hasil kerja mengikut
kumpulan masing-masing.
Langkah 3
Masa : (10 minit)
Aktiviti
1. Guru menerangkan bagaimana menjalankan aktiviti ini.
2. Murid- murid mewarnakan ruang perkataan dengan kemas.
3. Murid- murid bekerjasama untuk mencantumkan perkataan dalam
kumpulan.
4. Murid-murid membaca nama-nama bentuk dalam kumpulan selepas
mencantumkan perkataan.
5. Guru mempamerkan hasil kerja murid di dalam kelas.
Langkah 4
Masa : (10 minit)
Aktiviti
1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk murid.
2. Guru membimbing murid mengira objek mengikut bentuk.
3. Guru menyuruh murid menulis jumlah bilangan objek dengan mengikuti
bentuk.
4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang bentuk-bentuk yang dipelajari.
Penutup
Masa : (5 minit)
Aktiviti
1. Guru menyanyi lagu dengan muzik sambil mempamerkan kad gambar yang
berkenaan.
2. Guru membimbing murid menyanyi lagu sambil membuat pergerakan.
Seni Kata Lagu " Bentuk"
Bola bulat Bola bulat
Bola besar Bola kecil
Mari main bola Mari tendang bola
Gembira haha Gembira hihi
Sapu tangan Sapu tangan
Segi empat Segi empat
Guna masa batuk ( bunyi batuk )
Guna masa bersin ( bunyi bersin )
Bersihnya Bersihnya
Kerincing Kerincing
Segi tiga Segi tiga
Kerincing berbunyi
Kerincing berbunyi
Ting Ting Ting Ting Ting Ting
( Melodi : Are You Sleeping )
Friday, June 24, 2011
Refleksi Tow Ern Nie
REFLEKSI SLOT PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (20 JUN 2011)
NAMA GURU : TOW ERN NIE
NO. KAD PENGENALAN : 811201-08-6218
NO. MATRIK : PPG/41086/11
NAMA SEKOLAH : SJK (C) YUK KONG, KENINGAU
SLOT : BAHASA MALAYSIA/
MODUL BERTEMA BAHASA MALAYSIA
MASA : JAM 9.40 – 10.40 PAGI
JUMLAH MURID : 25 MURID PRASEKOLAH
Refleksi Keseluruhan Aktiviti
Aktiviti-aktiviti yang dirancang telah berlangsung dengan lancar dan berjaya. Hasil pembelajaran juga tercapai. Murid telah menimbulkan motivasi untuk belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dengan sepenuhnya.
Murid- murid dapat menyiabkan lembaran kerja yang disediakan dalam jangkaan masa yang diberi tanpa bantuan. Ini disebabkan murid-murid telah melangkah ke semester 2, mereka telah menguasai kemahiran konsep nombar.
Bagi keseluruhan pengajaran dan pembelajran ini, objektif dan hasil pembelajaran tercapai. Guru boleh merancang aktiviti yang lebih mencabar pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Dengan adanya pengalaman kali ini, saya akan lebih bersedia untuk merancang aktiviti yang lebih berkesan dan berkualiti, supaya dapat memastikan murid-murid prasekolah saya menguasai kemahiran-kemahiran asas 4M.
Refleksi Kertas Kerja Kumpulan
Ahli kumpulan kami terdiri daripada daerah yang berlainan, untuk berbincang mengenai tugasan, kami terpaksa berhubung melalui talian atau internet. Namun ini tidak menjejaskan tugasan kami, tetapi membangkitkan motivasi kami untuk menghasilkan satu tugas yang berkualiti.
Amat bersyukur semua ahli kumpulan kami merupakan guru prasekolah, jadi kami mempunyai konsensus untuk memilih tema dan jenis aktiviti. Pengagihan tugas mengikuti kemampuan guru memudahkan kerja bagi tugasan ini.
Salah satu cabaran bagi saya dan semua ahli kumpulan dalam tugasan ini adalah membina blog. Justeru, saya telah melayani blog yang sedia ada di internet untuk mencari idea-idea. Walaupun blog kumpulan kami dibina pada akhirnya, namun saya masih perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran saya terhadap kemudahan teknologi yang canggih ini.
Catatan
Kerja kursus inin telah meningkatkan profesionalisme saya sebagai guru, baik dalam proses pelajaran dan pembelajaran, bahkan kemahiran teknologi. Berharap pada akhir kursus ini, saya dapat lebih berkebolehan dalam penggunaan teknologi dan penaksiran dalam bidang kerja saya sebagai guru.
..................................................................................................................................
Friday, June 24, 2011
Refleksi Tan Jiak Lin
REFLEKSI SLOT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
NAMA GURU: TAN JIAK LIN (841210-12-5976/ PPG/41003/11)
NAMA SEKOLAH : SJK (C) CHENG MING, KENINGAU
SLOT: BAHASA MALAYSIA/ MODUL BERTEMA BAHASA MALAYSIA
MASA: JAM 8.00 – 9.30 PAGI
JUMLAH MURID: 24 MURID PRASEKOLAH
REFLEKSI:
Di akhir pelajaran:
Ø 23/24 orang murid dapat mengenali pelbagai jenis bentuk yang dipelajari.
Ø 23/24 orang murid boleh mengeja dan membaca nama-nama bentuk dengan betul.
Ø 24/24 orang murid mampu menunjukkan semangat tolong menolong untuk menghasilkan puzzle yang diberi.
Ø 23/24 orang murid menunjukkan sifat bekerjasama dan sabar semasa menjalankan aktiviti.
Ø 20/24 orang murid dapat menonjolkan bakat diri melalui aktiviti nyanyian.
Refleksi Pengajaran
Secara keseluruhannya, slot pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan dengan lancar dan sempurna. Objektif pengajaran telah dicapaikan dalam tahap memuaskan.
Melalui slot pengajaran dan pembelajaran ini, saya dapati murid-murid di sekolah saya dapat mengenali pelbagai jenis bentuk dengan cepat. Ini adalah kerana aktiviti yang telah kami rancangkan sangat menarik minat murid dan bersesuaian dengan tahap mereka. Mereka rasa seronok dan gembira semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, kami juga menggunakan alat bantu mengajar dan teknologi maklumat untuk mengajar slot ini.
Kelemahan yang saya dapati selepas menjalankan slot pengajaran ini ialah sumber teknologi di prasekolah saya kurang lengkap. Ini menyebabkan saya tidak dapat menjalankan aktiviti langkah 1 yang perlu menggunakan komputer.
Pada pendapat saya, bahan ICT seperti komputer, LCD Projektor dan sebagainya adalah amat penting dan berguna bagi sesebuah prasekolah. Bahan ICT dapat melancarkan lagi pengajaran di prasekolah, kerana murid-murid prasekolah lebih minat terhadap pengajaran yang menarik, mereka akan rasa bosan sekiranya guru hanya menggunakan kaedah “chalk and talk”. Selepas ini, saya akan berusaha untuk mendapatkan sebuah komputer yang lengkap dengan perisian yang sesuai dan sebuah LCD projektor.
Refleksi kerja kumpulan
Saya amat bersyukur atas kerjasama dan komitmen dari semua ahli kumpulan ini. Setelah mendapat tugasan kumpulan ini, kami telah berbincang dan mengagihkan tugas secara rata kepada semua ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan masing-masing pada masa yang telah ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami kerana sentiasa memberi informasi terbaru tentang kursus kami dan juga teknik-teknik untuk membuat modul atas talian kepada kami.
Refleksi Rinus @ Jiwol bin Kilip
REFLEKSI
KEKUATAN
Guru-guru yang terlibat dalam penyediaan modul proses pengajaran dan pembelajaran secara maya atas talian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang berlainan daerah dan berlainan tempat bertugas, namun sudah sediada wujud membolehkan program ini telah dapat dilaksanakan dengan jaya. Kerjasama dan sikap bantu-membantu yang ditunjukkan oleh semua guru yang terlibat dalam penyediaan modul atas talian ini telah memberi sumbangan yang besar untuk menyiapkan tugasan ini. Komunikasi yang baik dan berkesan juga diantara kami guru-guru dengan pelbagai pihak termasuk individu perseorangan telah memberi inspirasi dan tunjukajar kepada kami untuk menyiapkan modul ini. Disamping itu juga, keprihatinan dan sokongan guru besar terhadap tugasan ini telah memberi kelonggaran kepada saya untuk menggunakan peralatan sekolah seperti computer untuk mempelajari cara-cara menyediakan blog ini. Selain itu juga, kemahiran dan pengalaman sediada setiap ahli kumpulan telah menjimatkan kos kerana dengan adanya kemahiran dan pengalaman sediada telah memudah kami untuk mendapatkan segala keperluan melalui internet. Disamping itu juga, minat yang sama diantara saya dan juga ahli kumpulan saya untuk mempelajari membuat modul ini telah memberi satu semangat penggerak untuk terus berusaha sehingga siap modul ini. Selain itu, pengurusan masa yang baik dan perancangan yang terperinci telah melicinkan proses penyediaan dan telah Berjaya menyiap modul ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun daripada modul ini, telah memberi banyak ilmu kepada saya untuk mempelajari teknologi ini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran nanti.
KELEMAHAN
Memandangkan penggunaan modul proses pengajaran dan pembelajaran atas talian ini adalah sesuatu perkara yang baru bagi saya maka dengan itu pemahaman saya terhadap perkara ini masih ditahap rendah menyebabkan terdapatnya banyak masalah-masalah yang timbul dalam kerja-kerja penyiapan modul ini. Terdapat banyak kekangan yang dihadapi ketika menyiapkan modul ini kerana kemahiran dan pengetahuan saya masih ditahap rendah keran untuk menyediakan modul ini, ia memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi terhadap pengoperasian komputer dan juga fungsi-fungsi sumber yang diperolehi daripada internet. Memandangkan masa yang ditetapkan untuk menyiapkan modul ini amat singkat menyebabkan kami kesuntukan masa dan tidak sempat untuk mempelajari atau mendapat bimbingan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyiapkan modul ini. Selain daripada itu juga, jarak yang terlalu jauh yangmana guru-guru yang terlibat dalam penyediaan modul ini adalah bertugas di tempat yang berlainan dan kebanyakannya bertugas di kawasan pedalaman telah menyebabkan perhubungan diantara guru-guru yang terlibat agak lembab kerana sebahagian kecil sekolah tidak ada talian atau rangkain telefon dan ini telah menyebabkan kami kesuntukan masa untuk menyiapkannya.
CADANGAN
Kerja kursus seperti ini perlu diadakan setiap semester kerana ianya boleh membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Selain itu melalui program ini juga para guru-guru akan mendapat kemahiran dan pengetahun untuk mempelbagaikan sumber dan kaedah pengajaran yang boleh difahami dengan mudah oleh murid-murid. Untuk menyediakan modul atas talian ini guru-guru haruslah membuat persediaan awal dari segi perancangan, persiapan, keperluan dan kemahiran yang diperlukan dan lain-lain lagi supaya hasil kerja adalah lebih berkualiti. Kerjasama dan komitmen yang tinggi diantara ahli kumpulan perlu ditingkatkan supaya dapat melicinkan tugas-tugas yang telah diagih-agihkan. Selain itu, guru-guru juga perlu mampunyai rangkain internet tersendiri seperti berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya broadband untuk memudahkan perhubungan dan juga memudahkan memperolehi bahan penyiapan modul melalui internet. Pada masa akan datang nanti, adalah lebih baik guru-guru terlebih dahulu mempelajari kemahiran-kemahiran menggunakan computer dan internet supaya boleh menyiapkan kerja kursus seperti ini dengan mudah dan dalam masa yang singkat.
....................................................................................................................................
Refleksi Lee Fui Ling
NAMA GURU : LEE FUI LING (830510-12-5034/ PPG/41037/11)
NAMA SEKOLAH : SJK (C) HWA YIN, PAPAR.
SLOT : BAHASA MALAYSIA/ MODUL BERTEMA BAHASA MALAYSIA
MASA : JAM 8.00 – 9.00 PAGI
JUMLAH MURID : 20 MURID PRASEKOLAH
REFLEKSI:
Di akhir pelajaran:
20/20 murid telah dapat mengenal pasti semua jenis bentuk yang dipelajari.
18/20 murid telah dapat mengeja dan membaca nama-nama bentuk dengan betul.

18/20 murid telah dapat mengeja dan membaca nama-nama bentuk dengan betul.
Refleksi keseluruhan:
Dalam aktiviti pertama iaitu pengenalan bentuk dengan menggunakan power point, murid menunjukkan sifat ingin tahu yang tinggi. ini mungkin kerana guru jarang menggunakan komputer dalam pengajaran. Semasa aktiviti ini dijalankan, terdapat masalah yang timbul, iaitu murid mengadu kurang dapat melihat power point keranascreen komputer itu kecil. Kesulitan ini terjadi kerana prasekolah tidak dibekalkan dengan komputer dan LCD. Walaubagaimanapun, masalah ini diselesaikan dengan adanya inisiatif guru sendiri dengan membawa komputer riba sendiri untuk menjalankan aktiviti ini.
Dalam sesi soal jawab / kuiz, guru mendapat sambutan yang baik. Murid berebut-rebut untuk menjawab soalan guru. Melalui sesi ini, guru dapat mengesan murid yang ada sifat keyakinan dan keinginannya untuk menjawab soalan. Melalui sesi ini, murid secara tidak langsung akan memupuk keyakinan diri dan juga dapat mencungkil idea yang baru.
Dalam aktiviti menghasilkan rumah dan mencantum suku kata, guru telah menilai beberapa murid semasa mereka menjalankan aktiviti. Murid-murid tersebut menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi. Kedua-dua aktiviti ini dapat dijalankan dalam masa yang singkat kerana murid adanya sikap kerjasama sesama ahli kumpulan. Guru dapat mengenal pasti sejauh manakah pencapaian murid setelah 6 bulan belajar melalui aktiviti individu iaitu membuat lembaran kerja. Mereka telah membuat lembaran kerja ini tanpa bimbingan. Guru mendapati bahawa 2/3 murid telah menguasai kemahiran yang diajar oleh guru selama ini. Murid juga telah menunjukkan minat mereka dalam aktiviti menyanyi.
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dalam sejam ini dijalankan lancar seperti apa yang telah dirancangkan. Murid menunjukkan keaktifan mereka dalam melaksanakan semua aktiviti. Hasil daripada aktiviti hari ini akan dijadikan panduan kepada guru dalam perancangan aktiviti-aktiviti setiap hari.
REFLEKSI KERJA KURSUS BERKUMPULAN
Sepanjang proses kerja kursus ini, banyak ilmu tentang teknologi maklumat telah dipelajari. Kerja kursus ini telah mendatangkan banyak faedah dari segi pengetahuan dalam teknologi dan pembinaan blog. Kerja kursus ini juga dapat meningkatkan profesionalisme guru dalam proses pengajaran. perkongsian maklumat dan pengalaman mengajar semasa perbincangan dijalankan juga telah mencungkil banyak idea yang baru dalam perancangan aktiviti. Semangat kerjasama yang tinggi telah diwujudkan sepanjang kerja kursus dijalankan. Setiap ahli kumpulan telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Perbincangan juga telah diadakan dari semasa ke semasa.
Melalui kerja kursus, dapat dilihat bahawa betapa pentingnya alat-alat teknologi dalam menjayakan sesuatu kerja. Ahli kumpulan yang datang dari tempat yang berlainan telah menyebabkan kumpulan ini menghadapi masalah dalam perbincangan. Kumpulan ini tidak boleh bincang bersemuka kerana kumpulan ini terdiri ahli dari Keningau, Tenom, Kudat dan Papar. Syurkurnya, dengan adanya teknologi canggih seperti internet dan telefon, masalah ini sapat diselesaikan juga.
Refleksi Calven bin Lood
REFLEKSI PROJEK BERKUMPULAN
MODEL ATAS TALIAN

Nama : Calven bin Lood
No. Kad Pengenalan : 820813125219
No. Kad Matrik : PPG/ 41001/ 11
No. Kad Matrik : PPG/ 41001/ 11
Kerjasama dan komitmen adalah perkara asas apabila melakukan projek berkumpulan iaitu dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Di samping itu, pemilihan ahli kumpulan juga adalah sangat penting dan mempengaruhi penghasilan modul atas talian ini.
Secara keseluruhannya, dalam pembinaan projek kali ini, banyak input postif yang telah diperolehi. Kalau sebelum ini, para pelajar tidak pernah mempelajari bagaimana pembuatan sesuatu blog, maka dalam KPD 3016, pelajar berpeluang mempelajari pembuatan blog. Bimbingan yang diberi oleh pensyarah iaitu Dr. Azidah banyak membantu. Bantuan secara terus menerus dalam google groupsmembuatkan saya meminati penghasilan satu karya yang boleh dibanggakan.
Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran adalah satu mata pelajaran yang dapat membuka minda guru-guru untuk menguasai bidang ICT secara optimum. Banyak perkara yang boleh dijadikan input atau ilmu. Pengalaman yang terhidang di depan mata adalah satu kemestian untuk mencuba dan bukannya untuk di lihat sahaja.
Kesimpulannya, melalui penghasilan blog ini, suatu kepuasan dapat di nikmati. Ilmu atau maklumat yang diterjemahkan dalam blog dapat dikongsikan secara menyeluruh oleh semua lapisan masyrakat yang melawat blog ini.
Kesimpulannya, melalui penghasilan blog ini, suatu kepuasan dapat di nikmati. Ilmu atau maklumat yang diterjemahkan dalam blog dapat dikongsikan secara menyeluruh oleh semua lapisan masyrakat yang melawat blog ini.
Wednesday, June 22, 2011
Refleksi Tseu Yen Ni
REFLEKSI SLOT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
20 JUN 2011
NAMA GURU : TSEU YEN NI
(840120-12-5222/ PPG/41019/11)
NAMA SEKOLAH : SK TUN DATU HAJI MUSTAPHA KUDAT
SLOT : BAHASA MALAYSIA/ MODUL BERTEMA BAHASA MALAYSIA
MASA : JAM 8.00 – 9.00 PAGI
JUMLAH MURID : 22 MURID PRASEKOLAH
REFLEKSI:
Di akhir pelajaran:
ü 22/22 murid telah dapat mengenal pasti semua jenis bentuk yang dipelajari.
ü 20/22 murid telah dapat mengeja dan membaca nama-nama bentuk dengan betul.
ü 22/22 murid telah dapat bekerjasama dengan baik untuk menghasilkan puzzle yang diberi.
ü 22/22 murid telah dapat menglibatkan diri dengan baik dalam aktiviti menyanyi.
Refleksi keseluruhan:
No comments:
Post a Comment